Selamat Datang

Cover 4 buku

Jurnal Keputeraan diterbitkan sempena sambutan keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V. Jurnal ini mula diterbitkan pada November 2012. Makalah yang disiarkan dipilih daripada kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Wacana Keputeraan. Tujuan jurnal ini diterbitkan adalah untuk memperkenalkan Lima Tonggak Pelan Transformasi Ummah, iaitu Faqihan, Aminan, Rahiman, Ilman dan Salaman untuk dijadikan teras dan amalan masyarakat. Wawasan murni ini dicetuskan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V.

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang cetak mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa jua cara, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK), Kompleks Islam Darulnaim, 15200 Kota Bharu, Kelantan. Perundingan tertakluk kepada royalti atau honorarium.